Tuesday, September 26, 2006

Majulah sukan,... barangkali untuk siapa?

Apabila tirai Kejohanan Badminton Sedunia tutup di Madrid beberapa hari lalu, peminat sukan tanah air, terutamanya peminat sukan badminton dihampakan sekali lagi. Pencapaian terbaik pada kejohanan ini cumalah satu pingat gangsa. 21 pemain dihantar ke sana dan menelan perbelanjaan lebih kurang setengah billion, apa kita dapat cumalah satu gangsa. Di mana silapnya?
Setelah kekalahan di Madrid, BAM masih menaruh harapan untuk menggondol satu pingat emas di Sukan Asia di Doha yang akan diadakan pada 1-15 Disember. Adakah kita sekadar mengharap saja. Dan setelah gagal, kita akan dengar alasan yang sama diulangi.
Bukan sekadar arena badminton. Boleh dikatakan setiap bidang sukan yang disertai negara kita gagal, kecuali sukan skuasi. Sebuah negara yang sekecil Pulau Pinang boleh melayakkan diri ke Piala Dunia sedangkan kita ada liga-liga yang nama-namanya hebat langsung tidak berupaya memberi sebarang tentangan walaupun cuma di peringkat kelayakan zon Asia. Usahlah nak dikatakan tentang zon Asia, di kalangan negara ASEAN pun tentu tak akan menang.
Tapi kita masih tetap buat ramalan yang tak logik dan realistik. Kita masih lagi buat kenyataan yang bodoh sombong dan yang terbaru kita sanggup bayar berjuta-juta untuk mengubahsuai sebuah bangunan di luar negara demi untuk menyediakan atlet kita bersaing di persada dunia. Namun begitu, kita tak sanggup mengeluarkan sebarang peruntukkan untuk menyediakan kemudahan di setiap daearah, dan jika wujud kemudahan ini, ia cuma digunakan untuk menghiasi mata pemimpin. Apabila perkara ini diketengahkan, pemimpin itu melenting. Kata kerajaan sudah buat keputusannya. Buat apa keputusan wahai sang menteri? Sudah lupakah wahai sang menteri, mana kau dapat kuasa? Sudah lupakah kehebatan peti undi?
Demikianlah keadaan arena sukan negara kita. Kita majulah sukan untuk negara atau barangkali untuk siapa?

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home