Friday, September 29, 2006

Diamlah !!!

Pemimpin kita pernah kata, saya mahu dengar perkara yang sebenar pada tahun 2003. Tapi apabila seorang anggota partinya memberitahu perkara sebenar dan hakikat, dia telah dipecat. Alasan untuk memecat anggota ini adalah kerana dia menghina parti dan kutuk pemimpin parti secara terbuka. Tapi saya masih ingat lagi seorang menteri sombong pernah berkata pada minggu lepas bahawa kerajaan ini lebih telus dan bebas berbanding kerajaan lepas. Mungkin isu parti lain dengan kerajaan dan siapalah saya nak pertikaikan hal ini, sedangkan PESARA boleh dilenyek dan dihina dan dikatakan bodoh. Tapi saya juga ingin bertanya dengan asas yang sama, bolehkah kutuk pemimpin dikatakan menghina parti?
Adakah segala slogan yang diluangkan cuma satu PR politik? Melihat apa yang berlaku kebelakangan ini, nyata ia cuma satu gimmik politik. Apabila pemimpin baru ini menggantikan yang lama, ia bahagaikan mimpi indah jadi kenyataan. Namun hari ini, bukan saja mimpi itu musnah, malah ia menjadi igauan yang jadi nyata.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home